Macam mana ni? Cabaran sungguh~
Setakat ini saya berjaya menurun kan beberapa kilo (setelah menimbang berat tadi, dapat turun 2.5kg). Cabarannya ialah nak mengekalkan berat badan
Banyak sungguh makanan lazat yang terhidang selama seminggu beraya di kampung halaman.
Tahun ni saya berjaya menyiapkan ayam masak merah bagi melengkapi nasi tomato mak yang lazat tanpa bantuan tambahan.
Potato salad yang menjadi signature dish saya saban tahun juga tidak ketinggalan dalam menu hidangan rumah terbuka.
Ada kek coklat lagi untuk meraikan double birthday celebration.
Mak juga memenuhi permintaan untuk ketam masak merah, asam pedas ikan pari serta kari daging yang sangat lazat. Manalah boleh sy elakkan diri dari makan semua makanan favorite saya ni?
Ayah juga terpaksa berkorban beratur selama 45minit untuk dapatkan saya nasi kandar yang lazat. Huu~ maafkan saya ayah!
Sungguh puas hati dapat merasa makanan kegemaran, cuma tidak puas kerana tidak dapat banyak baaaaaaaaaaanyak kali seperti selalu!
Sabar sabar...
p/s: Gambar tidak dapat disertakan bagi mengelakkan keterliuran yang melampau kerana penulis sudahpun berasa sangat lapar dengan membaca tulisan sendiri saja.
SELAMAT HARI RAYA
.:: MAAF ZAHIR & BATIN ::.
0 comments:
Post a Comment