Dah memang lumrah manusia memang selalu lupa x_x
Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk agar saya tidak lupa diri lagi.
Walaupun banyak juga perkara yang saya selalu lupa dalam kehidupan seharian, tapi saya sangat terinsaf bila terkenangkan 3 insiden di bawah....
Insiden Pertama:
Kami diberi borang pengemaskinian rekod untuk diisi bagi tahun 2012. Dalam zaman serba canggih ni, saya sungguh tak sangka kami akan diberi borang sedemikian rupa. Bukannya susah pun nak buat borang online *ewah*
Saya adalah sangat sibuk semasa borang diagihkan, jadi tidak berapa fokus semasa mengambil pen untuk mengisi borang tersebut. Oleh kerana sudah terlebih biasa mengisi borang (online mahupun physical), saya pun pantas menulis nama, alamat, nombor telefon, tahun berkhidmat, umur sekarang (borang yang bijak tidak perlu ada column ini :p), status bla bla bla....panjangnya satu muka surat.
Sampailah ke mukasurat seterusnya, di mana saya diminta mengisi maklumat suami/isteri. Tiba-tiba saya jadi blank - "eh, apa status yang aku letak di depan eh?"
Setelah disemak-semak semula...rupa-rupanya saya salah meletak status --> Bujang, dan umur --> 29tahun!
Nasib baik belum submit borang tersebut, tidak kah memalukan bila terang-terangan terisi status Bujang untuk dihantar kepada orang yang baru makan nasi minyak kita?
Sesungguhnya saya tak sedar yang kita berada dalam tahun 2012, dan saya tidak lagi Bujang atau berada dalam umur 20-an!
Such a big difference x_x
Sungguh lupa diri!
Insiden kedua:
Big boss ada bercakap yang dia apabila sudah lama tak membaca al-Quran, menjadi tergagap-gagap membacanya bila mak beliau sakit tenat dulu. Maklumlah, khatam al-Quran kali pertama pada umur 11 tahun, kemudian pegi belajar dapat ijazah sarjana muda, kemudian bekerja dan belajar mendapat ijazah sarjana pula, rasanya dah boleh membaca al-Quran dengan baik selama ni. Kejadian itu benar-benar menyedarkan beliau. Kini beliau dah jadikan membaca al-Quran sebagai amalan seharian.
Saya juga sudah lama tidak membaca al-Quran. Tahun lepas, saya berjanji dengan ayah akan menjadikannya amalan. Dan saya pun ada memulakannya dengan membaca Tafsir Al-Quran cantik yang saya belikan untuk diri sendiri. Tapi selepas sibuk dengan kenaikan pangkat, dan sibuk nak buat persiapan kahwin...dan sibuk berpindah ofis dan meletakkan tafsir al-Quran tu dalam kotak. Saya terlupa nak buka semula kotak tu @_@
Sesungguhnya saya ini hanyalah manusia yang lemah dan sering lupa.
Semalam pula, dalam sejarah - saya lupa bawa pulang handphone dari tempat kerja!
Pertama kali terjadi dalam sejarah hidup saya @_@
Ingat tak post saya di awal tahun yang saya tiada azam tahun ni?
Saya tukar fikiran, saya mahu teruskan azam untuk khatam al-Quran dan membaikpulih minda yang makin lemah lemau ini.
Semoga diberi kekuatan dan keberkatan olehNya.
0 comments:
Post a Comment